tank's

:: SELAMAT DATANG DI ALOKI BLOGGER....^_^ ::
::MARI KITA SALING BERBAGI INFORMASI....^_^ ::
online saat ini :

Norton Anti Virus dan Security Internet


Assalamualaikum
salam sejahtera kepada semua pelawat yang energetic. Post kali ni, tak panjang sangat pun, hanya nak kongsi satu antivirus yang sangat berbaloi untuk di cuba. jika anda hanya menggunakan perisian antivirus percuma seperti AVG, Avast, Avira dan sebagainya, apakata cuba gunakan Antivirus Norton Internet Security Premium ini. Anda boleh install dan hanya perlu masukkan email sahaja apabila diminta. 90 hari subscribtion anda boleh menggunakan Norton Internet Security ini tanpa mengeluarkan belanja sesen pun.
Yang bagusnya, anda boleh menggunakan semua fungsi Premium berbayar yang ada padanya. antaranya anda boleh update, scan, remove virus, Parental Control dan bermacam lagi. anda boleh  mencuba2 sendiri kehebatannya.
Bukankah Norton Antivirus melembabkan Komputer?
Sebelum saya mecuba Norton Internet Security 2010 ini, berdasarkan pengalaman “lampau”, Norton mengakibatkan komputer kita menjadi agak berat dan lembab. tetapi, versi 2010 ni, begitu mengejutkan saya. Ianya ringan, pantas, auto remove dan sangat user friendly. segala konklusi negatif terhadap Norton terus hilang.
Apa yang anda perlu buat sekarang?
ok, tugas anda sekarang ini, download software pada link dibawah, dan install di komputer anda. Perlu diingatkan, remove dahulu antivirus yang dipasang sekarang sebelum menginstall Norton ini. jika anda menggunakan AVG, rujuk balik post saya minggu lepas tentang cara uninstall AVG di registry.
Apa yang saya dapat dengan memberikan software percuma yang hebat ini?
saya tak dapat apa2 pun dari segi untung ke apa2 ke. saya gembira kerana dapat membantu kawan yang masih tercari2 antivirus hebat, berkesan dan boleh membuang segala macam makhluk perosak yang ada. dan yang paling penting, komputer anda dilindungi dari ancaman virus dan selamat kitika membuat urusan perbankan Online.
Apa yang perlu dilakukan selepas tamat 90 hari?
Anda mempunyai beberapa pilihan, antaranya, Membeli versi berbayar yang harganya dalam lingkungan RM80 ketas. atau anda uninstal dan mengunakan antivirus percuma yang lain. ataupun anda uninstall norton membuat setting di registry kemudian, install balik 90 hari norton ini (agak teknikal). pilihan ada ditangan anda. yang penting, cuba dulu, jika mudah, serasi dan yakin dengan produk ini, Silakan dapatkan yang versi berbayar penuh. atau anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan Subscribtion setahun dengan harga RM37.(original, dan legal tetapi tanpa kotak, hanya key sahaja yang diberikan).
Akhir kata, yang baik kita kongsikan, yang buruk kita hindarkan, lagipun ini perisian percuma dari norton untuk anda. kita bebas menggunakannya. selamay mencuba dan selamatkan komputer atau laptop anda dari makhluk perosak. Wassalam
Download Norton Internet Security Percuma

 

0 Responses to Norton Anti Virus dan Security Internet